Friday, May 9, 2008

Hidupkah Melayu

Dahulu ada orang pernah berbicara
tentang pungguk rindukan bulan.
Dan dahulu jua tidak pernah sesiapa
yang menduga ada manusia yang dapat
merentasi gunung dan meluncur seperti
burung garuda.
Cuma kini, pungguk mampu ke bulan
dengan kapal angkasa. Tiada yang mustahil.

Mungkin jika kita dicampakkan kembali
ke zaman nenek moyang dan bercerita tentang
hidup kita, mereka akan mengatakan itu karut.
Dan jika diberikan peluang untuk kita menunjukkan
bukti dan membawa apa yang kita ada sekarang
ke masa lampau.
Mereka akan menganggap kita ini dewa dewi
yang turun dari kayangan. Kerana purbakala bernafas
dengan cerita mitos dan legenda.

Itulah aspirasi mereka dahulukala
Sepertimana kata Hang Tuah
tidakkan melayu hilang di dunia.
tapi pada kehidupan ini ayat-ayat itu
seperti umpama sebuah mitos yang hampir pupus.

Dahulu ia,Melayu tidakkan hilang didunia.
kerana betah berbicara dan bermadah melayu.
kerana untuk apa berbicara bahasa lain
kerana kita kuasa perdagangan dan orang asing yang
belajar bahasa kita.
Dahulu ia, Melayu tidakkan hilang didunia
kerana tradisi dan adat yang hidup diwarisi.
Kita sendiri yang menentukan dan mencipta
cara hidup kita sendiri dengan pakaian berbaju
melayu.

Kini.......
Mungkin ia, kewujudan Melayu tidak harus diukur dengan bahasa
dan juga cara hidup kita kini.
Zaman sudah berubah, kenapa perlu mengungkap
istilah tradisional yang remeh temeh.
Mempersoalkan tentang Melayu samalah seperti
bertanya masih wujudkah Melayu?
Perlukah ada Melayu?

Jika dahulu Cina dan India tahu menulis dan membaca jawi
kenapa sekarang anak-anak Melayu buta Jawi.
Jika dahulu Cina dan India pandai bercakap loghat Melayu
tapi kini cakap cincai sahaja ataupun seperti budak darjah
4 nak belajar bercakap.
Salahkah mereka ataupun salah kaum Melayu itu sendiri
yang meletakkan bahasa ibunda di tapak kaki dan menjulang
tinggi bahasa penjajah dimana mereka pencipta sistem ideologi
kapitalisme .

Orangputih pandai bercakap inggeris bukan sebab mereka bangsa yang pandai
Kenapa tidak biarkan mereka saja bercakap bahasa Melayu, mampukah??
Jadi Melayu pun bangsa yang pandai kerana pandai berbicara Melayu.

Dimana jati diri Melayu,,,,
hidup di bumi sendiri tetapi malu berbicara bahasa sendiri.
Jika di Perancis, Jepun,China,.. kebanyakkan pelancong
mengepit buku ibunda negara mereka tetapi di Malaysia
mereka tidak perlukan buku orang Melayu.
Sebab Melayu menjunjung tinggi bahasa mereka.

Jadi dimanakah Melayu,,,
jika nasib sesama saudara Melayu tidak diperdulikan
dan agama itu hanya sekadar warisan dan bukannya
tradisi hidup kini.

Jadi apakah benar kata-kata diriku ungkapan Hang
Tuah"tidakkan Hilang Melayu DiDunia" hanyalah sebuah mitos
dan bakal menjadi sebuah lagenda sahaja.
Yang cuma diceritakan dari generasi ke generasi
tetapi tidak mengetahui nilai Melayu itu sendiri.
Dan kita semua sedar mustahil untuk melaksanakan
dan mempertahankan nilai kemelayuan itu sendiri.

Jika begitu mustahil,semuanya tinggal mitos dan lagenda...
sepertimana orang purbakala bercerita.
Bagaikan pugguk rindukan bulan.