Saturday, September 27, 2008

Seredup Lindungan-Nya

Hidup ini seumpama alunan
ombak,
Sentiasa berubah- ubah mengikut
desiran angin,
Ada ketika ia ribut kekabutan dan ada
ketika ia tenang sesalju salji,

Aku,
menyusun langkah tanpa arah,
Kadangkala seperti tiada arah
tujuan..
Gelap,
Sepi,
Sunyi...
di sudut hati yang paling dalam....

Namun,
ada cahaya yang datang memancar,
Menerangi tanpa perlu diminta
lalu ia datang
menghulurkan salam keluruhan...
kerana berjalan dalam
kejujuran...

Nun jauh disana,
Ia memerhatikan diriku,
bukan kerana rupa atau darjat
tetapi kerana sifat belas kasihan
sesama insan.

Bukan kerana amal yang
dipandang-Nya..
Bukan kerana hitungan
pahala yang Ku lakukan..
tetapi kerana keluruhan
dalam sifat keikhlasan itu...

Aku tidak mengenali siapakah
yang sebenar-Nya disana,
Tidak melainkan kenal pada nama
sahaja.
Perbuatan jahat dan bisikan syaitan
menggelapkan dunia pandangan diriku.

Namun kerana sekulumit sifat belas kasihan
yang wujud dalam diriku.
Lalu Maha Penyayang menghulurkan
belas kasihanNya kepadaku..
Ia menunjukkan jalan,
Ia membimbingku datang kepada-Nya
tanpa aku menghendakinya.

Lalu aku datang,
mengenali siapakah Tuhan,
dan cahaya datang menyeliputi
seluruh jiwa dan ragaku.
Ketenangan terus memenuhi
setiap ruang dalam jiwaku.

Terasa hidup ini begitu bahagia,
dibawah lindungan kasih sayang-Nya
tenang dan aman yang tidak pernah aku miliki
kini ku dakap dengan penuh penghargaan...

Lalu hati ini terharu,
tunduk kerana sedar siapakah
Ia yang sebenarnya.
Hijab demi hijab dibuka,
lalu aku kaku terdiam dan menyepi
kerana hati ini tenggelam keasyikan
merasai kemanisan ketenangan
menyebut tiap patah nama-Nya....

2 comments:

*aZni sUrAya* said...

cukup indah bahasa..
merendahkan diri pada yang KUASA..
tulus menyayangi dengan sepenuh JIWA..
hanya yang MAHA ESA selayaknya...

Unknown said...

menguncikan diri pada yang Esa sesungguhnya suatu tindakan yang sememangnya sungguh bijak dalam menjadikan diri seorang yang berguna di dunia mahupun akhirat..