Friday, November 28, 2008

Perubahan diri



When we fail to

learn a lesson,

we get to take it again

........and again!


Once we have learned

the lesson, we move on

to the next one.

(Andrew Matthew)


Bila aku berjumpa dengan kawan-kawan yang sudah berkahwin atau berumah tangga, ia mengingatkan aku tentang satu perkara. Bagaimana agaknya mereka mengharungi rumah tangga terutamanya bila sudah ada cahaya mata. Bukan meragui, tetapi bila terkenangkan zaman alam persekolahan dengan perangai kebudak-budakan, ianya menjadi suatu persoalan boleh atau tidak menjadi contoh kepada anak-anak. Ataupun menjadi contoh dan suri teladan yang baik untuk diikuti oleh anak-anak.


Tetapi bila dengar Ibu aku tentang perkahwinan dia, aku rasa parents aku pun belum bersedia sepenuhnya untuk menjadi ibu bapa, dan secara realitinya aku rasa diorang sudah cukup perfect memainkan peranan ibubapa Aku rasa kebanyakkan kita memang sebegitu, merasakan belum layak atau cukup sempurna, tetapi bila tiba waktu untuk kita mengharungi memegang tanggungjawab, kita melaksanakannya dengan cukup baik dan sempurna. Segala kerisauan itu berlalu begitu sahaja.


Pengajarannya, selagi kita sanggup atau berani untuk mempelajari atau menghadapi keadaan dan sesuatu yang sukar, kita akan ke hadapan bergerak dari satu peringkat yang bawah ke peringkat yang lebih tinggi, dan seterusnya.


Cuma bergantung kepada kesanggupan kita untuk menerima kegagalan dalam melangkah kehadapan. Kegagalan itu, bukan menunjukkan kelemahan atau kecacatan, tetapi adalah hukum alam yang menguji kesabaran kita dalam menempuhi ujian sebelum mencapai kejayaan.


Selagi kita berani mencabar untuk mengharunginya,

dan selagi kita mampu bertahan dan bersabar,

menempuhinya

Selagi itu kejayaan tidak akan berhenti



Mencuba dan terus mencuba,dan gagal adalah jawapan kepada kunci utama kejayaan. Dan selagi kita takut untuk gagal dan mencuba, selagi itu kita adalah orang yang berputus asa dan takut untuk kehadapan.


Gagal mencuba dan takut untuk

kehadapan,

adalah kegagalan yang kekal

dan kita akan terus menghadapinya,

dan terus mengulangi kegagalan

yang sama.


Mengulangi kegagalan yang sama, bermadsud kita akan tetap berkeadaan seperti itu, iaitu gagal kerana takut kepada kegagalan. Bermadsud tiada usaha yang dibuat untuk mengubahnya. Katakan 5 tahun berlalu, si A daripada kerani kini telah berjaya menjadi pengurus operasi berbanding si B yang tetap terus menjadi kerani kerana tiada usaha yang positif melainkan rungutan dan menyalahi keadaan.


Jika selama 5 tahun ini,

alam fauna merubah mengikut musim,

dan kanak-kanak membesar menjadi remaja,

Maka kita juga harus membesar melalui

perubahan kekuatan minda dan spiritual


Haluan dan cara setiap manusia adalah

berbeza mengistilahkan kejayaan,

yang penting samada kita

ditakuk lama ataupun melangkah

sebagai penakluk......
copyright:
khairul anwar bin alias